BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Sunday, April 3, 2011

MASA MENINGGALKAN KITA

Salam Mahabbah salam kasih sayang seantero alam buat semua..kita mulakan setiap detik hayat ini dgn nama Allah juga lafaz syukur kpd Allah ats sgl kurniaanNYA..

~الحمدلله رب العلمين- الحمدلله على كل نعمه ~

Masa tidak pernah menunggu kita..selalu kita dengar ayat ni kan? tapi, aduhh payah ssgt unt mngambil iktibar dan pengajaran drp sepotong ayat nih..termasuklah saya sendiri..kenapalah dari dulu sampai la sekarang masih juga x berubah..melainkan dalam keadaan tertekan dan ditekan barulah mula nak buat dan berdaya menyiapkan segala tugasan..ya Allah..sungguh aku lemah dalam urusan sendiri.. (Lalai + Leka) =(

harap-harap lepas ni boleh la berubah..tanamkan pd hati, aku mesti berubah demi masa depan!!!  
 insyaALLAH..

Wednesday, March 2, 2011

.:: ASSIGNMENTSsssss ::.

salaamun 'alaikum..

btemu kembali semua..lama xmenulis rasanya..rasa janggal la pulak.hehe

sebenarnya sekarang ni banyak sangat kerja yg sedang menanti untuk disiapkan..

kalaulah assignments tu boleh bersuara, mesti diorang tengah menangis-nangis, meraung-raung

minta simpati..minta disiapkan..

tapi tangan ni gatal pula mahu melakar kisah hati sekarang ni..uhuhu

mudahan kita dapat ambil iktibar tentang pesanan

"ingat 5 perkara sebelum datang 5 perkara dan yg 5 perkara awal tadi dah tiada"

sekarang saya sangat tersepit lagi terhimpit dek kerana masa yang terasa tidak mencukupi, (walaupun skg sy

masih mampu mencoret di sini, hehe) tapi sama-sama kita muhasabah, apesal la suka sangat buang masa?

suka buat kerja last minit..rasa-rasa ada jawapan yg paling hebat x anda anda semua boleh beri pada saya??

sebab saya sendiri pun x tahu apa jawapan terbaik untuk soalan ni.. so jom sama-sama berfikir dan

bermuhasabah diri, selagi punya kesempatan. =)

okay lah sampai sini saja untuk entri kali ini..

salam muhasabah, salam untuk berubah buat semua!!



Tuesday, February 22, 2011

ALHAMDULILLAH!

Bismillahi walhamdulillah. selama lamanya kesyukuran kita panjatkan kepat Allah S.W.T. tidak kira bagaimana kisah hidup kita, sama ada suka mahupun agak lara. =)

Memang sudah terlalu lama saya tidak meng'update' kandungan blog ini. almaklumlah, masih baru berjinak-jinak dan kadang terleka dengan kesibukan yang harus ditempuh sebagai seorang mahasisw. Namun, alhamdulillah, kerana hari ini hati saya tiba-tiba terbuka untuk mencoret sesuatu di kanvas maya ini.


Waktu kuliah yang berlalu saya rasakan semakin dan semakin dan semakin pantas berlari. Sedar tak sedar sekarang sudah pun masuk fasa ke-2 dalam term kali ini. Pelbagai peristiwa dan kenangan tercatat dan melekat dalam kotak fikiran dan hati. insyaAllah apa yang baik akan saya kongsikan bersama sahabat-sahabat semua. yang kurang elok pula akan sama-sama kita jadikan sempadan. Biidznillah.


23 Feb 2011. ya hari ini. hari Rabu. eh? hari ni memang hari rabu la..dan hari ini juga ada program besar Sarjana Muda Pendidikan Islam bertempat di Akademi Pengajian Islam UM. Saya adalah salah seorang daripada peserta KOPIM11'. Tapi saya masih di sini, di dalam bilik kecil serba kemerahan (i like it!!) hmm..ada banyak perkara yang perlu saya selesaikan sebelum melangkah keluar untuk berprogram bersama rakan-rakan SMPI yang lain. InsyaAllah setelah itu, saya akan melangkah dengan bergayanya menuju ke UM. (walaupun dah leeewat!!!) its okay kerana semangat saya tetap tidak berubah malahan biarpun punya hal lain, KOPIM saya pasti akan hadiri!


Nampaknya terpaksalah saya berhenti setakan ini dulu. Salam mesra, salam ukhwah dan jumpa lagi semua! =)

Tuesday, December 28, 2010

MOTIVASI DIRI & HATI ^__^


Assalamualaikum semua..

Apa khabar semuanya hari ni? saya doakan agar semuanya sihat, bahagia, dan sentosa disamping keluarga, sanak saudara, sahabat dan segala macam rutin seharian..
Bagi saya, alhamdulillah semuanya baik-baik belaka. Sekejap lagi tarikh akan bertukar kepada 29 disember 2010. bermakna berbaki 2 hari untuk kita menjejak tahun 2011, dan meninggalkan tahun 2010 sebagai kenangan..terindah atau sebaliknya, kitalah yang mencoraknya. so, berusahalah untuk mendapatkan kenangan dan pengalaman terbaik di saat-saat penhijung 2010 ini.

Sedar atau tidak, semua yang pernah dan telah kita lalui sememangnya sangat2 berharga kan? sebab, segala pengalaman pahit mahupun manis itulah sebenarnya yang telah mematangkan dan mendewasakan kita..so, sebaiknya kita rakamkan semuanya agar semuanya kekal abadi dalam ingatan, dengan adanya catatan tersendiri..wahh..rupanya sangat bermakna kita menulis kan? takkan rugi sikit pun..paling tidak pun, boleh jadi kenangan buat pengajaran generasi kita akan datang..betul x? hmm..

Good, good.. hehe sebenarnya saya cuma nak cari sedikit kekuatan, dan motivasi untuk saya terus menulis..dah lama teringin, cuma disebabkan lack kesedarandan lebih2 lagi lack-nya ke'rajinan', buatkan cita-cita nan tinggi melangit ni x kesampaian..so, from now on, saya akan cuba menjinak-jinakkan diri dan meringan-ringankan otak untuk mengolah bahan penulisan, juga jari jemari akan dilatih untuk kerap menekan button sedikit demi sedikit, insyaAllah..

hm..oklah, setakat ni dulu untuk kali ini..mohon tunjuk ajar, teguran membina, dan doa yang xputus-putus dari anda semua ya.. semoga kita semua mendapat kebaikan daripada setiap apa yang kita kerjakan..biiznillah..

salam ukhwah, salam dari------> Redranger23! 
wassalam.

Monday, December 27, 2010

.:: Salam Perkenalan buat semua ^_^ ::.

Assalamualaikum semua.

Saya sebenarnya masih baru dalam dunia blog ni..

SO,  as a pendatang baru dalam dunia blogger, besar harapan saya agar kita sama-sama dapat saling membantu dan berkongsi ilmu dan pandangan dari semasa ke semasa. I’m trying my best to keep writing in this blog. Please do support me ya.. Dan Salam perkenalan buat semua. ^_^

LETS BE FRIEND, OK? ^_^
Me-cart0on !! =)


  Salam Kenal-kenal buat semua..
    Hubb Fillah,
            RED RANGER ^__^
redranger_23@yahoo.com