Bismillahi walhamdulillah. selama lamanya kesyukuran kita panjatkan kepat Allah S.W.T. tidak kira bagaimana kisah hidup kita, sama ada suka mahupun agak lara. =)
Memang sudah terlalu lama saya tidak meng'update' kandungan blog ini. almaklumlah, masih baru berjinak-jinak dan kadang terleka dengan kesibukan yang harus ditempuh sebagai seorang mahasisw. Namun, alhamdulillah, kerana hari ini hati saya tiba-tiba terbuka untuk mencoret sesuatu di kanvas maya ini.
Waktu kuliah yang berlalu saya rasakan semakin dan semakin dan semakin pantas berlari. Sedar tak sedar sekarang sudah pun masuk fasa ke-2 dalam term kali ini. Pelbagai peristiwa dan kenangan tercatat dan melekat dalam kotak fikiran dan hati. insyaAllah apa yang baik akan saya kongsikan bersama sahabat-sahabat semua. yang kurang elok pula akan sama-sama kita jadikan sempadan. Biidznillah.
23 Feb 2011. ya hari ini. hari Rabu. eh? hari ni memang hari rabu la..dan hari ini juga ada program besar Sarjana Muda Pendidikan Islam bertempat di Akademi Pengajian Islam UM. Saya adalah salah seorang daripada peserta KOPIM11'. Tapi saya masih di sini, di dalam bilik kecil serba kemerahan (i like it!!) hmm..ada banyak perkara yang perlu saya selesaikan sebelum melangkah keluar untuk berprogram bersama rakan-rakan SMPI yang lain. InsyaAllah setelah itu, saya akan melangkah dengan bergayanya menuju ke UM. (walaupun dah leeewat!!!) its okay kerana semangat saya tetap tidak berubah malahan biarpun punya hal lain, KOPIM saya pasti akan hadiri!
Nampaknya terpaksalah saya berhenti setakan ini dulu. Salam mesra, salam ukhwah dan jumpa lagi semua! =)
Tuesday, February 22, 2011
ALHAMDULILLAH!
Posted by baitulizzah23 at 6:14 PM 0 comments
Subscribe to:
Comments (Atom)









