BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Thursday, April 28, 2011

MOOD :: HOBI BARU !!

~:: ASSALAMUALAIKUM WBT ::~
Hari ni..hmm..Tiba2 terpandang dan terjenguk blog insan2 kreatif di alam maya ni..jelesnyaa bila tgk orang pandai masak..pandai menjahit..pandai itu, pandai ini..sy jugak la yg asyik2 pandai MAKAN.SAHAJA.

ehem2, sebenarnya pandai juga masak ..tapi tu lah, bila dah terlampau ramai sangat org yang pandai memasak, haa..tenggelam xtimbul2 lah saya ni jadinya.. housemate semua pandai masak, so sy x lah menonjolkan bakat memasak yg sy ada nii..dan disebabkan asyik memuji2 kepandaian orang lain, minta untuk diajarkan, (masak, menjahit, dll) so, mereka dengan sendirinya akan membuat anggapan bahawa saya ni memang x pandai memasak.. adehh~ dan disebabkan itu juga, bila berada di depan mereka2 ini, saya pasti akan Nampak memang x pandai. 

Itulah hakikatnya bila terlalu asyik menenggelamkan diri, dan mengatakan diri x pandai serba macam hal. Fuhh..dahsyat jugak kan hasilnya? Eh ..kesannya?? so sekarang ni tengah menggilap kembali bakat yang saya ada.. xakan sekali-kali buat orang lain meragui, apatah pandang rendah terhadap kebolehan saya.
Ecececeehh~ bersemangatlah pulak kan.hehe.

insya Allah~insyaAllah~

Sekarang tengah jenguk2 resepi yang simple2 untuk bekalan masa hadapan..kot2 lah tertimbul hajat untuk memasak..ada juga resepi yang bole di’try’. 

Ehh.ehh.terlebih la pulak. Okeh, kita sambung study ya :)

MY 1ST EXAM PAPER..YEAHH~


~:: Assalamualaikum WBT ::~


Paper 1st hari ni ber-kod  IXEB 4104. Haa~subjek ni agak ringan sikit. Sebab lecturer yang baik+best (Dr.Ghazali Darussalam) da bagi siap2 tajuk suruh baca..apa lagi, hapai satu2 sejibik2 mcm dlm buku ustaz. Alhamdulillah Allah beri kemudahan menjawab soalan ust tadi..
sebenarnya paling best kalau jawab soalan berkenaan Pendidikan Islam Di Malaysia, bahagian sejarah penubuhan sekolah-sekolah. Bermula dengan system pondok –sekolah vernekular melayu, sekolah Al-Quran-Madrasah/sekolah arab-Sekolah Agama Rakyat-SMKA/Kolej Islam-JQaf. Best apa. Tp mslhnya tadi ustaz xtanya pun pasal tu..tp soalan pasal kedudukan Pendidikan Islam dalam konteks Pendidikan Islam di Malaysia.haiyak! saya MEMANG XFAHAM apa kehendak soalan.uwaa~!!  klu ada clue sikit2 xpa la jugak..misti bole jawab punya..huhu. tapi xapa la.. yang penting dah jawab 4 soalan seperti yang tertulis bahagia arahan. Mudah-mudahan lembut lah hati Tuan/Puan pemriksa ketika memberi markah untuk paper saya dan kawan2 lain..aminnn.

Minta-minta semua dapat A untuk subjek ni..amin ya Allah..ulangkaji+ study dah, assignment dah, jawab exam pun dah..sekarang berdoa moga2 rezeki dapat A untuk subjek ni. sekaligus dapat straight A’s untuk semua subjek. amin.amin.amin.

Oooppsstt..( lupa pula,) dan berusaha pula untuk subjek esok hari.
PPEX 3101. ASAS PENYELIDIKAN DALAM PENDIDIKAN.
Waahhhh~ kapla manyak fenin la baca ini nota..waktu buat assignment dulu x tengok + hapai betoi3..so sikalang terasa la jugak bahana kepayahan tu..adehh~!! tapi x mengapa, usaha masih diteruskan untuk mencapai  kecemerlangan..insya Allah.

Okeh.okeh. memandangkan hujan pun dah berhenti..jom la sambung study..all the best untuk diri sendiri, dan kawan2 semua..semoga kejayaan milik kita bersama.amin!

Thursday, April 21, 2011

:: JOM EXAM!! ::

.:: Bismillah ar-rahman ar-rahim ::.
~Assalamualaikum dan salam kasih sayAng buat semua~

Selautan kesyukuran saya panjatkan kepada Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang..
“Hamdan wa syukran Lillah”

Wah wah wah..laama sangat rasanya tiada entry yang muncul di laman saya ini..almaklumlah kehidupan saya dan kawan-kawan juga sahabat-sahabat sekalian kini sudah masuk ke fasa paling getir, bak kata teman baik saya, ( EXAM MOOD~please don’t disturb!! ) hehe, garang cik minah ni.. semua dah faham, semua pasti mengerti dan memang akan menghormatinya. D0n’t worry, bebeh! =)

Dan saya hanya mampu berdoa dan akan terus berdoa agar fasa ini akan berakhir dengan cepat dan sepantas-pantasnya. (bole x macam tu?? hehe)
Walau apa pun, mudah-mudahan segalanya berjalan lancar seperti yang dirancang. Amin!!

Memasuki fasa peperangan macam ni, mesti semua yang terlibat sedang asyik dengan persiapan masing2. Berusaha mengumpul bekal dan senjata buat kegunaan perang. Tidak terkecuali saya selaku pelajar yang x seberapa rajin ni.. melihatkan kawan-kawan study, terasa juga ingin study..tapi bila tengok orang tidur, aduh..mata automatik jadi kuyu..rasa nak join skali..tolonggggg!!!

Tapi, walau apapun yang kita lakukan, semoga semuanya dipermudahkan dan mendapat reda Allah..sama-sama berusaha dan menuju kejayaan dalam peperiksaan..amin!!

~:: Salam Imtihan Buat Semua ::~






Sunday, April 3, 2011

MASA MENINGGALKAN KITA

Salam Mahabbah salam kasih sayang seantero alam buat semua..kita mulakan setiap detik hayat ini dgn nama Allah juga lafaz syukur kpd Allah ats sgl kurniaanNYA..

~الحمدلله رب العلمين- الحمدلله على كل نعمه ~

Masa tidak pernah menunggu kita..selalu kita dengar ayat ni kan? tapi, aduhh payah ssgt unt mngambil iktibar dan pengajaran drp sepotong ayat nih..termasuklah saya sendiri..kenapalah dari dulu sampai la sekarang masih juga x berubah..melainkan dalam keadaan tertekan dan ditekan barulah mula nak buat dan berdaya menyiapkan segala tugasan..ya Allah..sungguh aku lemah dalam urusan sendiri.. (Lalai + Leka) =(

harap-harap lepas ni boleh la berubah..tanamkan pd hati, aku mesti berubah demi masa depan!!!  
 insyaALLAH..

Wednesday, March 2, 2011

.:: ASSIGNMENTSsssss ::.

salaamun 'alaikum..

btemu kembali semua..lama xmenulis rasanya..rasa janggal la pulak.hehe

sebenarnya sekarang ni banyak sangat kerja yg sedang menanti untuk disiapkan..

kalaulah assignments tu boleh bersuara, mesti diorang tengah menangis-nangis, meraung-raung

minta simpati..minta disiapkan..

tapi tangan ni gatal pula mahu melakar kisah hati sekarang ni..uhuhu

mudahan kita dapat ambil iktibar tentang pesanan

"ingat 5 perkara sebelum datang 5 perkara dan yg 5 perkara awal tadi dah tiada"

sekarang saya sangat tersepit lagi terhimpit dek kerana masa yang terasa tidak mencukupi, (walaupun skg sy

masih mampu mencoret di sini, hehe) tapi sama-sama kita muhasabah, apesal la suka sangat buang masa?

suka buat kerja last minit..rasa-rasa ada jawapan yg paling hebat x anda anda semua boleh beri pada saya??

sebab saya sendiri pun x tahu apa jawapan terbaik untuk soalan ni.. so jom sama-sama berfikir dan

bermuhasabah diri, selagi punya kesempatan. =)

okay lah sampai sini saja untuk entri kali ini..

salam muhasabah, salam untuk berubah buat semua!!



Tuesday, February 22, 2011

ALHAMDULILLAH!

Bismillahi walhamdulillah. selama lamanya kesyukuran kita panjatkan kepat Allah S.W.T. tidak kira bagaimana kisah hidup kita, sama ada suka mahupun agak lara. =)

Memang sudah terlalu lama saya tidak meng'update' kandungan blog ini. almaklumlah, masih baru berjinak-jinak dan kadang terleka dengan kesibukan yang harus ditempuh sebagai seorang mahasisw. Namun, alhamdulillah, kerana hari ini hati saya tiba-tiba terbuka untuk mencoret sesuatu di kanvas maya ini.


Waktu kuliah yang berlalu saya rasakan semakin dan semakin dan semakin pantas berlari. Sedar tak sedar sekarang sudah pun masuk fasa ke-2 dalam term kali ini. Pelbagai peristiwa dan kenangan tercatat dan melekat dalam kotak fikiran dan hati. insyaAllah apa yang baik akan saya kongsikan bersama sahabat-sahabat semua. yang kurang elok pula akan sama-sama kita jadikan sempadan. Biidznillah.


23 Feb 2011. ya hari ini. hari Rabu. eh? hari ni memang hari rabu la..dan hari ini juga ada program besar Sarjana Muda Pendidikan Islam bertempat di Akademi Pengajian Islam UM. Saya adalah salah seorang daripada peserta KOPIM11'. Tapi saya masih di sini, di dalam bilik kecil serba kemerahan (i like it!!) hmm..ada banyak perkara yang perlu saya selesaikan sebelum melangkah keluar untuk berprogram bersama rakan-rakan SMPI yang lain. InsyaAllah setelah itu, saya akan melangkah dengan bergayanya menuju ke UM. (walaupun dah leeewat!!!) its okay kerana semangat saya tetap tidak berubah malahan biarpun punya hal lain, KOPIM saya pasti akan hadiri!


Nampaknya terpaksalah saya berhenti setakan ini dulu. Salam mesra, salam ukhwah dan jumpa lagi semua! =)